Rangkaian produk kecantikan dan kesihatan keluaran Marissa.

Post Page Advertisement [Top]


SUAMI CARING, ISTERI KURUS SEMULA!
.
.
Salam sejahtera. Su nak berkongsi kisah Su yang ingin kembali kurus selepas melahirkan anak pertama. Pertama sekali, nama Su Suhaila. Jadi, Su harap kisah Su ni dapat membantu sesiapa yang ada masalah yang sama.
.
Sejak kecil sampailah ke zaman bujang, Su bukanlah orang yang berbadan besar. Kurus saja. Tinggi pun tak sampai 160cm. Tetapi sejak waktu pregnant sampailah selepas itu, badan naik tak turun-turun dah. Mula-mula ada juga rasa risau dan nak kurus semula. Tapi bila dah lama-lama, jadi tak kisah pula bila kita sibuk nak jaga anak, bahagikan masa dengan kerja dan sebagainya. Tak ada masa dah nak fikir pasal kurus tak kurus sehinggalah Su ada anak ketiga sekarang ni.
.
Hampir lima tahun juga Su begitu sampailah waktu anak Su nak masuk tadika, Su terjumpa balik kawan Su sewaktu di sekolah menengah dulu. Waktu itu kami sama-sama nak hantar anak ke tempat yang sama. Mula-mula dia tak perasan pun Su sampailah Su tegur dulu. Dia kata dia tak cam, itu yang tak menegur. Katanya dulu Su slim, sekarang dah ‘lain’ sikit. Mana nak perasan. Muka pun dah nampak tembam-tembam.
.
Sampai di tempat kerja, lama Su fikir. Nak kata sentap tu, memang agak sentap jugalah kan. Iyalah, dah orang kata kita semakin gemuk. Walaupun dia cakap berlapik, tapi kita pun boleh faham maksud dia. Su balik rumah petang tu, benda pertama Su tanya suami adalah “awak, Su ni gemuk sangat ke?”, tapi jawapan dia mestilah cakap Su nampak biasa je. Tahu sangat nak jaga hati je. Lepas daripada itu, dekat hari-hari Su tanya dia soalan sama. Dia pun pasrah saja nak menjawab. Gigih ni buka balik bungkusan yang simpan baju lama dulu. Nak try pakai memang tak muat. Sangkut sana sini. Kalau tengok cermin, lama Su perhatikan muka yang memang dah nampak bulat, lengan besar, kaki dari peha sampai betis tu tak usah cakaplah. Kawan kerja pun ada yang tegur, kenapa nampak tak bersemangat aje sekarang ni. Prestasi kerja pun dah tak sebagus dulu. Su ni nampak macam dah hilang fokus katanya.
.
Sampai satu masa tu, dia dah tak larat agaknya nak jawab soalan cepumas Su tu. Dia suruh Su kosongkan jadual untuk hujung minggu tu juga. Anak-anak minta tolong dekat mak ayah mertua Su jagakan sekejap. Diorang pun memang selalu suka bawa cucu-cucu keluar waktu petang. Cuma untuk haritu, memang seharianlah anak-anak duduk dengan mereka. Rumah pun tak jauh mana. Su tanya dia, kita ni nak ke mana. Weekend date katanya. Bukan main lagi tu. Tapi dia kata sebelum lunch nanti, dia nak bawa Su ke satu tempat ni.
.
Rupa-rupanya, dia nak bawa Su ke Marissa Aesthetic. Yang dekat Semenyih saja sebab kami duduk di Kajang. Mulanya Su tak tahu pun dia ada banyak cawangan. Su naik tu terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Suami Su yang cakap dia ada buat appointment untuk slimming. Masa tu baru Su tahu kenapa dia bawak Su ke sana. Rasa terkejut ada, terharu pun ada. Tapi, geram pun ada. Boleh dia tak bagitahu langsung dekat Su pasal slimming program ni. Tak apalah, surprise katanya.
.
Su ada kena buat body scan analysis. Memang kebanyakan result yang Su tengok agak menyedihkan. Boleh pula dia jawab okey je setiap kali Su tanya Su gemuk ke tidak sebelum ini. Sabar sajalah. Waktu sesi konsultasi, Su tanya apa yang Su nak tanya. Alhamdulillah Su dapat ilmu baru.
.
Balik tu, dia belanja Su makan. Tapi dia kata, ini last dia nak belanja Su makan banyak-banyak macam tu sebab lepas ni, Su nak kena jaga makan. Kan Su join Marissa Slimway. Kalau nak makan macam tu lagi, dia nak tengok Su improve dari bulan ke bulan. Su tanya dia, mana dia tahu pasal Marissa Slimway tu. Dia kata, dia carikan dekat internet. Kesian pula tengok Su hari-hari nampak makin tak confident je dengan saiz badan sendiri. Dia baca juga testimoni orang lain yang join program ni. Hari ini, Su pula yang tulis testimoni sendiri setelah berjaya mendapatkan tubuh badan yang langsing semula.
.
Su dah dapat balik saiz dan berat badan ideal su. Sama macam masa belum kahwin dulu. Happy ada, bersyukur ada. Kawan Su tu pun tegur juga, Su nampak makin kurus daripada waktu kali pertama kami jumpa dulu. Alhamdulillah, tak sia-sia usaha suami Su yang carikan Marissa Slimway ni untuk Su, buat aktiviti sama-sama setiap hujug minggu. Asal weekend je, pagi tu suami ajak jogging. At least dia support Su yang nak kurus ni. Su ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat awak. Allah saja yang boleh balas jasa awak pada Su.
.
Terima kasih juga Marissa Aesthetic kerana telah membantu Su mendapatkan berat badan ideal serta badan yang langsing. Su harap apa yang Su share ni dapatlah berikan manfaat badan orang lain. In sha Allah.



No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan. Marissa Aesthetic & Wellness menawarkan pelbagai rawatan lengkap dan bermutu tinggi, yang menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pelanggan.
| Designed by Colorlib