Rangkaian produk kecantikan dan kesihatan keluaran Marissa.

Post Page Advertisement [Top]






AKHIRNYA SAYA BERJAYA KURUS DENGAN MARISSA SLIMWAY!
.
.
Teringin nak beraktiviti macam orang lain, tapi dengan berat badan begini memang payah sangat rasanya. Tengok orang pergi sana sini hiking apa semua tu, kita ni teringin juga. Tapi itu dulu! Sekarang, saya dah boleh bebas beraktiviti macam yang saya idam-idamkan dulu. Akhirnya saya berjaya mendapatkan berat badan ideal setelah bertahun-tahun mencuba.
.
Setelah join satu program yang sangat istimewa, alhamdulillah saya dah nampak banyak perubahan pada diri saya. Saya kekalkan berat badan dengan menjaga pemakanan serta melakukan senaman dan aktiviti lain yang boleh membantu saya untuk menurunkan berat badan. Kalau sewaktu buat body scan analysis dulu saya rasa down sangat-sangat apabila result yang saya nampak semuanya merah-merah. Semuanya di tahap yang paling tinggi. Tapi sekarang saya dah boleh berpuas hati dengan result yang semakin cantik. Semuanya di paras yang normal. Tetapi saya tidak mahu berasa seperti saya sudah berada di tahap yang selesa. Saya perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat denga bantuan Marissa Slimway.
.
Memang saya mengambil masa yang agak lama untuk kurus. Terus terang saya cakap, nak menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Saya dah mula cuba nak kurus ni sejak zaman diploma lagi. Saya cuba ubah gaya hidup saya terutama dari segi exercise. Tapi saya tak faham kenapa berat saya hanya turun sedikit sangat sampai ada masa saya mula rasa give up. Apa guna saya exercise beriya-iya kalau sampai ke sudah saya nampak sama saja macam dulu. Tapi nasib baiklah saya ada rakan sebilik yang sokong saya dan selalu ingatkan saya agar jangan putus asa. Mungkin saya boleh turunkan berat badan tetapi mengambil masa yang lama.
.
Saya ada juga cari ubat kurus di internet. Saya bandingkan harga dan testimoni setiap produk yang saya cari. Tetapi masalahnya saya tak berani. Takut-takut saya terbeli ubat atau suplemen yang salah, nanti jadi masalah lain pula. Yang betu-betul recommended ada, tapi saya pula rasa tak mampu nak beli. Kalau setakat sekali beli tu memanglah saya mampu. Tapi kalau nak makan secara berterusan tu saya tak mampu lagilah. Duit yang ada itupun cukuplah untuk perbelanjaan saya belajar
.
Apabila saya sudah pun bekerja, kawan-kawan ada juga menegur saya nampak kurus sedikit berbanding masa belajar dulu. Tetapi apabila mereka tahu saja berapa lama saya dah cuba, mereka terkejut besar disebabkan perubahan yang mereka lihat adalah sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang saya usahakan.
.
Dalam hati terasa jugalah dengan komen jujur mereka. Saya ada terfikir juga, ada apa-apa yang tak kena ke dengan saya ni? Kenapa kawan saya yang cuba nak kurus sewaktu di universiti dulu senang saja nak turun berat badan?
.
Saya ada juga bertanya dengan rakan-rakan kerja kalau-kalau mereka tahu ada mana-mana tempat atau produk yang boleh membantu saya. Dan salah seorang daripada mereka ada mencadangkan saya untuk pergi ke satu tempat ni untuk slimming program. Pada mulanya saya tak berani nak cuba, tetapi setelah dipujuk, saya terfikir untuk cuba saja. Kalau menjadi, ahamdulillah la. Kalau tidak, tak apalah, mungkin masih belum rezeki saya lagi dan saya perlu usaha dengan lebih gigih lagi. Dia kata tak payah risau, sebab dia sendiri pun dah cuba. Kawan-kawan yang lain pun menyokong. Mereka kata sewaktu kawan saya tu baru masuk kerja dulu, dia montel orangnya. Tapi sekarang dah jauh sangat beza.
.
Saya cari di internet berkenaan tempat yang kawan saya mention sebelum ini. Saya cari informasi mengenai mereka dan akhirnya saya call konsultan mereka untuk bertanya tentang slimming program tersebut.
.
Akhirnya saya pergi ke Marissa Aesthetic untuk sesi body scan analysis dan konsultasi. Saya tanya juga mereka kenapa susah sangat saya nak kurus. Konsultan mereka kata boleh jadi sebab diet yang tak bersesuaian ataupun badan saya mempunyai lemak putih yang banyak. Secara mudahnya, lemak terbahagi kepada dua iaitu lemak putih dan lemak coklat. Yang berwarna kecoklatan adalah lemak yang baik kerana ia membantu tubuh untuk membakar kalori.
.
Setelah beberapa bulan mengikuti program Marissa Slimway, ahamdulillah berat badan saya turun jauh lebih pantas daripada sebelum ini. Dan akhirnya kini, saya dah boleh pakai apa yang saya nak pakai, dah boleh bergerak dengan lebih aktif sebab terasa badan dah jauh lebih ringan. Keyakinan tu pun memang semakin meningkat apabila kita yakin dengan bagaimana orang akan melihat diri kita. Apabila ada masa, saya akan buat macam-macam aktiviti luar dengan rakan-rakan kerja. Terima kasih Marissa Aesthetic kerana telah membantu saya.
.
.
Jika anda juga mahukan perubahan seperti cik yang berkongsi kisah perubahan berat badannya, hubungi kami atau kunjungi saja Marissa Aesthetic. In sha Allah kami akan bantu anda :)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
                                                                           

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan. Marissa Aesthetic & Wellness menawarkan pelbagai rawatan lengkap dan bermutu tinggi, yang menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pelanggan.
| Designed by Colorlib