Rangkaian produk kecantikan dan kesihatan keluaran Marissa.

Post Page Advertisement [Top]


GEMUK SEBAB STRESS, TAPI SEKARANG DAH KURUS LEBIH LANGSING DARI DULU!
.
.
Bila stres je, terus fikir nak makan. Bila banyak sangat makan, stres juga sebab berat naik mendadak. Sampai akhirnya saya jadi obesiti. Tapi tu dulu. Sekarang saya dah kurus. Bukan setakat kurus, malah lebih ideal dari sebelum ni.
.
Hai semua, nama saya Hazleena. Saya berusia 27 tahun. Saya nak share cerita saya yang asalnya bersaiz biasa-biasa, lepas tu gemuk bulat dan akhirnya kurus ideal pula. Begini ceritanya. Asalnya dulu masa awal sekolah menengah, saya ni kurus orangnya. Tapi bukanlah di tahap kurus kering. Berisi agak-agak normal size macam tu. Apabila sampai tahun saya nak jawab exam PMR, saya selalu rasa sangat stres dan setiap kali stres tu kebiasannya saya akan cari coklat. Tak pun aiskrim. Ada masa tu makan makanan ringan dalam kuantiti yang boleh tahan banyak kalau nak dikira dalam setahun tu. Orang lain pun stres juga. Tapi taklah setiap masa ganti dengan makanan macam saya ni.
.
Dalam masa setahun tu, berat saya naik dalam 10kg. Waktu balik kampung hujung tahun tu memang family tegur dah. Tapi kita ni buat tak tahu sajalah. Terasa tu memang terasa. Tapi kalau kata nak turunkan berat badan tu, tak terasalah nak buat pula. Masa form 4 ada juga naik berat badan, tapi tak ketara sangat macam tahun sebelumnya. Waktu tahun SPM pula, itu memang sekali lagi berat badan saya naik dalam 10kg. Padahal berat asal saya antara 50-52kg je sebelum tahun PMR tu. Sekarang dah naik lebih 20kg.
.
Masa dekat universiti dulu, ramai terkejut bila tengok perubahan saya dari form 1 sampai form 5. Bila dah bertahun-tahun ada berat badan macam ni, saya tak kata saya rasa selesa. Memang tak selesa. Nak beli baju dengan seluar jeans pun leceh tak macam dulu. Bila nak beli baju je, adalah yang sangkut dekat lengan atau perut. Kalau nak beli seluar pula, yang lecehnya sebab panjang dia memang kena dengan tinggi saya. Tapi diameter pinggang pulak dah yang bermasalah. Setiap kali tu rasa menyesal sangat-sangat sebab biasakan tabiat suka makan atas alasan stres. Kan dah susah macam ni. Ada masa saya terlambat nak pergi kelas kuliah. Nak berjalan laju-laju tu dah satu masalah, lepas tu mengah dia bukan biasa-biasa. Masa berjalan biasa pun dah mengah, inikan pula nak laju-laju.
.
Bila dah kerja, adalah rasa macam nak kurus. Tengok kawan office yang lain bukan main cantik lagi datang kerja. Yang kita ni rasa macam kalau nak melawa sangat pun, takkan ke manalah dengan saiz badan macam ni. Orang kata, kalau dah cantik pakai apa pun cantik. Tapi kalau tak cantik? Mungkin pakai apa pun tak cantik agaknya. Itu yang saya fikir dulu. Padahal, ada je kawan lain yang lagi besar dari saya confident je nak pakai baju vogue. Bila saya fikir-fikirkan balik, jadi gemuk bukanlah alasan kita nampak tak bergaya, apatahlagi nak nampak selekeh. Itu semua mindset semata-mata. Ada masa bila terlalu fikir sangat pasal kurus gemuk ni, hampir depressed jugak rasa. Menyesal lagilah pun.
.
Saya ada cuba nak kurus, tapi tak boleh. Bila saya nak jaga makan aje, mesti ada benda lain yang menyebabkan saya stres dan macam biasa, saya akan makan dalam kuantiti yang banyak. Saya cuba kurangkan kuantiti nasi setiap kali makan, lebihkan protein, exercise sikit-sikit, adalah turun sikit. Saya cut pula makan malam. Kalau nak makan pun, saya akan makan petang tu sebelum maghrib. So bila malam dia sempat digest. Taklah makan terus tidur.
.
Dua tahun lepas, saya mula rasa semakin serius nak kurus. So saya buat exercise dan ikut rutin mingguan. Dah beberapa bulan tu, memanglah ada turun berat badan. Tapi tak sampai 5kg pun. Dan reason dia tak lain tak bukan, sebab stres. Saya terfikir juga, apa kaitan bila stres je nak makan. Asal nak makan je stres. Selalu saya gagal nak cope with stress dengan cara yang sepatutnya.
.
Tahun lepas, saya bertunang dan kalau mengikut perancangan, awal tahun ni saya nak melangsungkan perkahwinan. Bila pergi ke butik-butik pengantin, tengok cantiknya baju-baju tu. Bila nak cuba pakai, sama ada memang bukan saiz. Ada yang saiz saya, tapi bila saya pakai tak nampak cantik macam dekat patung tadi pun? Waktu itu memang hilanglah mood nak survey baju. Bila kawan-kawan atau adik-beradik pujuk suruh keluar cari, jadi lagi benda sama sampai saya kata, kalau macam ni tak payah kahwinlah. Nanti ada pula pengantin perempuan tak lawa duduk atas pelamin tu. Buat malu saja. Kejam betul saya dengan diri sendiri.
.
Kali ini saya fikir kalau saya nak kurus, saya kena betul-betul serius. Tak bolehlah macam sebelum ni. Asal stres saja mulalah buat alasan nak makan banyak. Saya pun buat keputusan nak cari ‘bantuan’ untuk saya kurus dengan efisen. Berminggu-minggu jugalah saya buat research. Sampailah saya jumpa Marissa Slimway by Marissa Aesthetic.
.
Pendek cerita, saya call konsultan dia dan buat appointment terus. Saya buat online payment dan datang pada hari yang dijanjikan. Waktu buat buat scan untuk badan, memang tak terkejut pun tengok keputusan dia. Awal-awal tahu dah. Kemudian ada sesi konsultasi. Waktu itu saya minta penjelasan kenapa setiap kali saya rasa tertekan, saya mesti rasa nak makan.
.
Rupa-rupanya, dia ada kaitan dengan hormon. Bagi yang tak tahu tu, baca ni. Biar kita sama-sama tahu. Dalam badan kita ni ada hormon stres yang dipanggil cortisol. Cortisol ini akan merangsang metabolisme lemak dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga dengan cepat, dan merangsang pelepasan insulin dan maintain paras gula darah. Reaction ini akan meningkatkan selera makan dan boleh menyebabkan keinginan untuk makan makanan yang manis, berlemak atau masin. Kebetulanlah saya ni jenis yang tak tahan tengok makanan. Mudah je lupa niat nak kurus. Selain itu, cortisol juga boleh mematangkan sel lemak. Itu yang lagi bahaya.
.
Selepas join Marissa Slimway, saya nampak berat badan saya semakin menurun tiap kali naik timbang. Kalau stres pula, saya cuba buat benda lain yang boleh alihkan perhatian saya daripada stres tu. Cuci-cuci mata tengok busana pengantin. Lagi semangat rasa nak kurus ni. Setelah beberapa bulan, akhirnya saya dapat saiz ideal saya. Ada lagi dalam 3 ke 4 bulan sebelum majlis kahwin. Waktu tu baru betul-betul datang semangat nak cari baju nikah. Saya terus cari mana-mana pattern yang saya nak sebab dah rasa yakin. Saya tahu saya takkan ada isu muat tak muat lagi. Ada ada pilihan yang sangat banyak untuk saya pilih.
.
Apa-apa pun, terima kasih Marissa Aesthetic sebab bantu saya menyelesaikan masalah saya. Yang paling penting sebab dah bantu saya realisasikan impian saya nak pakai baju yang saya idam-idamkan untuk majlis pernikahan saya. Saya share cerita saya ni bukan saja-saja nak show off saya dah kurus tau. Tapi supaya orang lain ambil manfaat yang ada dan elakkan mana yang patut. Sekian dari saya, Azeera Mohamad. Terima kasih pada yang sudi nak baca.
.
.
Berikut merupakan perkongsian Puan Azeera yang telah mengikuti program Marissa Slimway di Marissa Aesthetic. Tahniah atas kejayaan puan menurunkan berat badan dan tahniah atas perkahwinan yang telah berlangsung. Kami mendoakan yang terbaik untuk puan dan keluarga. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah sama seperti Puan Azeera, hubungi kami atau datang saja ke Marissa Aesthetic untuk kami bantu anda mendapatkan berat dan saiz badan ideal anda :)


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan. Marissa Aesthetic & Wellness menawarkan pelbagai rawatan lengkap dan bermutu tinggi, yang menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pelanggan.
| Designed by Colorlib