Rangkaian produk kecantikan dan kesihatan keluaran Marissa.

Post Page Advertisement [Top]


DULU XXXL MAKAN MAKANAN SEGERA, SEKARANG LEBIH KURUS, SIHAT DAN CERIA
.
.
Sejak kecil saya sudah dibiasakan untuk makan makanan segera. Kalau keluar tu, KFC, McD dan yang seangkatan dengannya tu memang wajib belilah. Complete dengan dessert dan air manis pelbagai perisa. Tapi bukan saya seorang saja yang begitu. Ahli keluarga saya yang lain pun memang suka sangat makan semua tu, kecuali mak saya. Dia memang jaga makan, contradict sangat dengan kami yang lain ni apatahlagi saya adik beradik.
.
Tapi memang tak dinafikan, bila makan semua tu sebagai kebiasaan lebih dari 10 tahun, badan bersaiz XXXL atau lebih itu mesti. Kakak saya yang sulung tu memang dari kecil lagi dah obese. Waktu dia habis degree baru dia try nak turunkan berat badan. Tapi tak lama pun sebab beberapa bulan selepas itu dia makan banyak balik. Sama macam sebelum ni.
.
Kalau ditanya kenapa saya tiba-tiba nak turunkan berat badan, puncanya adalah sebab kakak sulung saya tu saluran jantung terumbat. Kolesterol tinggi. Dan baru-baru ni, dah dpat detect ada cyst pula di rahim.
.
Nak kurus ni memang tak mudah. Saya tahu tu tapi sebelum saya kena penyakit berbahaya disebabkan tahu nak makan sedap saja, baiklah saya ubah apa yang patut. Kalau nak kata takut, memang saya takut bila tengok keadaan kakak saya tu. Itu yang buat saya betul-betul sedar. Selama ini kalau ada orang kata makan banyak boleh kena macam-macam jenis penyakit, kami akan jawab dah kalau nak kena penyakit tu, makan sikit pun boleh kena. Tapi jauh dalam hati tu ada juga rasa betulnya orang yang menegur tu.
.
Sejak saya menjadi obesiti, memang ada rasa perubahan pada diri. Tapi semuanya memang perubahan yang negatif. Badan rasa berat, kalau berjalan atau berdiri lama sikit, kaki mula rasa sakit dan lenguh-lenguh. Tapak kaki ni sampai rasa macam nak bengkak saja. Lutut pun sama sakit. Duduk lama waktu ada talk atau meeting pun sakit juga. Tak tahulah nak cakap macam mana.
.
Saya nak kuruskan badan, tapi saya tak nak buat rawatan macam liposuction tu. Drastik sangat dan saya pun tak berani nak buat. So, saya nak cari cara lain yang boleh bantu saya turunkan berat badan. Untuk saiz badan macam saya ni, jenuh juga nak kuruskan badan dengan exercise saja. Saya pun tak rasa yakin saya boleh jaga makan. Selera makan sentiasa ada. Saya tak naklah nanti habis saja buat exercise, terus makan banyak balik atas alasan penat beraktiviti.
.
Senang cerita, saya berazam nak buat exercise dan dalam masa yang sama saya perlukan sesuatu yang boleh boost metabolisme serta control selera makan saya. Memandangkan sekarang ni zaman teknologi canggih, so saya pun cari sajalah di internet. Saya ada terjumpa sesuatu yang menarik perhatian saya setelah lebih seminggu saya cari informasi di internet. Saya tahu dah mana saya patut pergi untuk cari bantuan.
.
Saya contact consultant dia melalui Facebook, bagi nombor dan mereka call saya semula. Saya tanya dulu pasal slimming program mereka. Kemudian, saya booking slot secara online. Dah set masa appointment tu, saya pun ke sana.
.
Kalau nak tahu saya ke mana, sebenarnya saya ke Marissa Aesthetic. Saya duduk di area Kajang. So saya pergi ke Marissa Aesthetic Semenyih. Sana tu HQ dia. Saya ada sesi konsultasi, dan ada juga buat scan untuk badan. Waktu sesi konsultasi tu, saya ada tanya konsultan dia. Kalau badan sebesar saya ni, boleh ke dibantu lagi? Rasa macam tak yakin dengan diri sendiri.
.
Tapi itu dulu. Sekarang saya dah sangat hampir dengan berat badan ideal saya selepas join Marissa Slimway. Disiplin memang kena tinggi. Ada masa tu sampai menangis juga sebab rasa peritnya nak capai target. Nak kata menyesal tu, sudah mestilah. Payahnya Allah saja yang tahu. Saya selalu terfikir, kalaulah dulu dalam sebulan tu, ada satu minggu yang saya tak makan makanan segera tu semua, mesti jauh juga bezanya setelah bertahun-tahun begitu.
.
Mungkin ada yang terfikir, kalau saya buat exercise macam biasa saja tanpa Marissa Slimway masih boleh kurus juga. Untuk itu saya akan cakap. Turun memang boleh, lepas tu naik semula walaupun sikit. Saya nampak beza progress saya dengan adik lelaki saya. Dia asalnya macam tu jugalah. Buat benda yang sama je dengans saya. Aktiviti even pergi gym pun sama-sama. Tapi progress dia tak selaju saya sampai akhirnya dia pun join juga Marissa Slimway. Dan alhamdulillah dia sendiri bagitahu pada saya dia rasa jauh beza dengan sebelum ni.
.
Terima kasih Marissa Aesthetic sebab bantu saya mulakan gaya hidup yang lebih sihat dan in sha Allah membantu saya kurangkan risiko penyakit berbahaya. Terima kasih sekali lagi.
.

.
Terima kasih Cik Shila atas kesudian cik berkongsi cerita dengan kami untuk kami paparkan pada orang lain yang mungkin menghadapi perkara yang sama dengan cik. Dan kepada sesiapa yang mempunyai masalah sama seperti Cik Shila dan adiknya, hubungi kami atau kunjungi kami di Marissa Aesthetic untuk kami bantu anda, in sha Allah :) Sama-sama kita cuba untuk menjadi lebih baik.


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan. Marissa Aesthetic & Wellness menawarkan pelbagai rawatan lengkap dan bermutu tinggi, yang menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pelanggan.
| Designed by Colorlib