Rangkaian produk kecantikan dan kesihatan keluaran Marissa.

Post Page Advertisement [Top]


NAIK BERAT BADAN SEBAB SIBUK KERJA, SEKARANG BERAT BADAN LEBIH DARI IDEAL!
.
.
Hai semua. Salam sejahtera. Nama saya Hanisa dan berumur 25 tahun. Saya nak cerita kisah saya yang telah naik berat badan dan kejayaan saya menurunkan berat badan dengan satu slimming program ni. Semoga apa yang saya share ni dapat memberikan benefit pada orang lain, dan jadikanlah teladan.
.
Semenjak saya bertukar kerja di syarikat lain, rutin harian saya dah berubah. Setiap hari saya balik kerja pukul 7 petang. Bila sampai rumah saja saya dah kepenatan. Jadinya, mandi, solat maghrib. Lepas tu kebiasannya tunggu masuk waktu Isyak baru makan malam. Menu pula biasanya saya masak yang segera-segera saja. Tak pun beli drive thru, senang dan cepat.
.
Sewaktu bekerja, saya kebiasaannya akan makan sikit saja walaupun lunch. Itu sebab sampai aje waktu nak dinner, saya dah tahap kelaparan yang teramat sangat. Bila sekali dah jumpa makanan, memang akan makan banyak sepuas hati. Rasa macam ganti seharian punya rasa lapar. Dah makan tu berehat sekejap depan TV. Agak-agak dah tak larat, saya akan tidur terus walaupun baru saja lepas makan.
.
Selama berbulan-bulan saya biasakan tabiat yang sama. Mulanya, saya tak perasan pun berat badan saya dah naik sampailah waktu hari raya puasa, saya balik kampung orang lain tegur saya dah nampak lebih berisi. Padahal saya rasa sama saja. Cuma adalah juga perasan masa nak beli baju raya haritu, ada baju yang bila saya try, sangkut dekat lengan. Tapi saya fikir mungkin sebab pattern dia aje kot. Punyalah tak nak mengaku saiz dah bertambah.
.
Saya teruskan hidup dengan rutin yang sama selama setahun lebih. Sampai satu masa tu saya nak pakai semula baju yang saya dah lama tak pakai, kurung moden untuk raya tiga tahun lepas dah rasa sendat dekat lengan dan perut. Nak pakai kain dia pun tak boleh dah. Mula rasa risau. Selalunya pergi kerja pakai baju kurung biasa atau blouse dengan seluar slack atau jeans.
.
Hujung tahun lepas, company saya nak buat annual dinner. Kami pun terujalah nak beli baju untuk dinner tu. Yang paling excited mestilah kaum Hawa ni. Kami pun plan la tiga empat orang nak pergi survey baju sama-sama. Tengah pusing-pusing satu mall tu, saya ada ternampak satu dress ni cantik sangat. Harga pun biasa-biasa saja. Saya dah tergerak hati nak beli dress pattern tu, tapi tak jadi bila ada kawan saya bergurau dengan saya. “Eh ni kalau kau yang pakai, nampak lagi kembang la jadinya”, macam tu dia kata kat saya. Mungkinlah pada dia itu gurauan semata-mata siap boleh gelak-gelak lagi. Tapi bagi saya yang tuan punya badan ni, memang terasa sangat dengan gurauan dia tu.
.
Selama ini selalu juga dia bergurau macam tu dengan saya, cuma saya tak naklah ambil hati sangat dan anggap itu gurauan biasa saja. Tapi bila dah selalu sangat dia cakap macam tu, kita pendam juga dalam hati. Sejak itu saya berazam hendak kuruskan badan. Saya akan buktikan pada dia yang saya boleh berubah kalau saya betul-betul nak berubah.
.
Hujung minggu itu juga saya mula ubah rutin saya. Saya bangun awal pagi, jogging dan sebagainya. Portion makanan saya ikut kesesuaian masa. Senang ceritanya saya cuba nak mulakan diet dengan tenik yang sepatutnya. Bukannya diet membuta tuli saja. Nanti ada pula yang kurus tapi tak sihat. Lama saya berusaha nak turunkan berat badan dengan macam-macam cara. Ada juga saya cuba makan ubat kurus, tapi mula-mula saja dia nampak efektif. Lepas tu macam dah tak ada function.
.
Nampak saya struggle sangat, salah seorang kawan kerja yang rapat dengan saya pun kenalkan saya dengan Marissa Aesthetic. Katanya mereka ada buat untuk slimming ni. Jadi bila saya ada masa, terus saya tengok page facebook mereka. Memang betullah ada slimming program. Marissa Slimway namanya. Saya malas nak tunggu lama, jadi saya tinggalkan nombor telefon di inbox dan kemudian konsultan mereka menghubungi saya. Tak cerita banyak, saya tanya apa yang saya nak tahu dan set appointment.
.
Sampai hari appointment tu, saya ke sana pada hujung minggu memandangkan mereka buka setiap hari. Saya buat body analysis dan ada sesi consultation. Saya timbang berat pada hari itu, dan kalau nak dilihat pada berat saya sekarang, saya dah boeh berbangga dengan pencapaian saya. Saya juga diberitahu, kemungkinan saya susah sangat nak turun berat walaupun dah buat macam-macam, itu sebab suis metabolik tertutup, metabolisme perlahan. Jadi nak proses apa yang kita ambil tu kurang effective.
.
Saya bukan hanya target nak dapatkan berat badan ideal, tapi saya nak dapatkan berat badan yang lebih sihat dan lebih baik lagi. Terima kasih Marissa Aesthetic dah bantu saya turunkan berat badan bukan hanya di tahap ideal, malah lebih baik lagi. Kalau ada kemahuan, tak mustahil pun apa yang kita nak buat tu. In sha Allah ada jalannya. Terima kasih juga pada kawan saya, Julia yang dah memperkenalkan saya dengan Marissa Aesthetic. Saya takkan lupa jasa awak yang selalu ambil berat tentang saya. Kepada yang sama-sama join Marissa Slimway, saya ucapkan all the best untuk awak semua!
.
.
Itulah perkongsian dari Cik Hanisa yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan Marissa Slimway. Jadi kepada sesiapa yang menghadapi masalah sama dengan Cik Hanisa, hubungi kami atau kunjungi Marissa Aesthetic supaya dapat kami berikan bantuan terbaik untuk anda :)


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan. Marissa Aesthetic & Wellness menawarkan pelbagai rawatan lengkap dan bermutu tinggi, yang menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pelanggan.
| Designed by Colorlib